Saturday, December 29, 2007

Wajah 'WISKEY' Warga Kerja Baru ROG


Assalammualaikum buat semua warga kerja ROG - V33 @ 145.4125.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 4 stesyen yang baru dan dapat menghadirkan diri untuk majlis 'Bola Mata' di Restaurant Awal Maju pada malam semalam (28 Disember 2007).
Atas sebab-sebab 'keselamatan', maka hanya 2 wajah warga kerja ROG saja yang dapat saya paparkan di sini.
Dari kiri, 9W2CKH dan manusia ajaib yang mempunyai 4 mata, 9W2HJI.
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang melayari web blog ini, semasa anda menonton apa juga rancangan yang di terbitankan oleh pihak Media Prima (TV 3) dan rancangan tersebut agak 'blur', anda boleh lah membuat 'komplen' dengan 9W2CKH. Jangan 'cerita' dengan rakan-rakan lain, itu adalah 'rahsia' pihak pentadbiran ROG.
Bagi mereka yang mahu melibatkan diri dan ingin menambahkan 'pelaburan' mereka secara sah melalui pergerakan saham, maka bolehlah menghubungi 9W2HJI.
Sayugia sekali lagi di ingatkan kepada rakan-rakan supaya 'merahsiakan' pekara ini kerana 'maklumat' yang saya berikan adalah 'SULIT' atau 'PNC'.
Jangan marah. Semua ini adalah gurauan. Tetapi yang nyata ialah, kedua-dua mereka ini memang terlibat dengan 'bidang' yang saya nyatakan tadi.
Salam surai buat semua. Cario dan 73 serta 88.
Tapi bukan 69.
de - 9W2MYV

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC