Sunday, March 16, 2008

OPERASI LEBUHRAYA 'PLUS-PLUS' KL - MELAKA - KL EKSPRESS

1) Gamabr di atas adalah kepunyaan 9W2SPE handle nya bukan lupa tapi tak ingat. Khabarnya base station di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalau anda dapat melihat gambar tangan kiri beliau, tentu anda semua terkejut. Jatuh katil tapi kata katuh kuda.
2) Gambar di atas adalah kepunyaan 9W2MZY. Base dan handle penuh bukan lupa tapi tak ingat.

Assalammualaikum dan salam sejahtera serta salam segala salam buat semua blogger yang melawat laman blog saya ni.

Pada 14 Mac (Jumaat) yang lepas, atas arahan boss, saya kena membuat satu tugasan yang agak mengejut untuk ke Melaka bagi menyerahkan satu dokumen yang penting untuk Ketua Menteri Melaka.

Allhamdullilah dengan adanya kemudahan radio amatur, maka tugasan saya untuk ke kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka bertambah mudah terutamanya dengan bantuan rakan 9M2WT @ Uncle Bill. Terima kasih yang tak terhingga dari saya untuk Uncle Bill.


Setelah selesai tugasan kira-kira jam 8.20 malam, saya mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Lumpur memandangkan ada tugasan yang perlu di selesaikan.


Dalam perjalanan pulang, sekali lagi dapatlah saya berbual dengan rakan-rakan amatur sekitar Melaka. Di antara rakan amatur yang berbual dengan saya ialah, 1) 9W2MHG, 2) 9W2OPD, 3)9W2SPE dan juga 9W2MZY.


Operasi yang seterusnya ialah sessi 'bola mata' di antara 9W2MYV, 9W2SPE dan 9W2MZY.
Dalam sessi 'bermain bola mata' tersebut, dapat saya mengambil gambar 2 call sign tadi secara paksa..... Jangan marah bang, hanya satu gurauan dari kita.


1 Comments:

At 6:11 AM, Blogger M.Zaifful said...

Salam bang, Nak infokan sket, dalam gambar tue bukan gambar saya yg sebenar, mungkin salah typing agaknya, sila rujuk http://kilocyclecore.blogspot.com
Thanks 73 Wassalam Selamat Berpuasa

 

Post a Comment

<< Home

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC