BOLA MATA 23 NOVEMBER 2007
Setelah berunding, kami mengambil keputusan untuk berjumpa di kawasan menunggu KL Sentral.
Maka dapatlah kami berbual sampal mengenali hati budi masing-masing.
Mengikut turutan gambar, dari kiri :- 1) 9W2JAL, 2) 9W2RNR dan 3) SWAL - nama lupa. Mereka bertiga ini bertugas dengan satu jabatan kerajaan yang sama iaitu, Jabatan Penjara Malaysia. 9W2JAL bertugas di Penjara Tapah, 9W2RNR, tempat bertugasnya saya terlupa dan SWAL sebelah kanana sekali bertugas di Butterworth.
Seronok dapat berbual dengan mereka dan bertukar-tukar pendapat.
Secara kebetulan, harmonik saya tidak berapa sihat. Maka dengan itu untuk mengambil berkat perjumpaan dengan 9W2JAL, yang mana juga di gelar Ustaz, saya memohon jasa baik beliau untuk mebuat penawar bagi harmonik saya.
Syukur alhamdullilah, berkat doa dari 9W2JAL, harmonik saya pada pagi ini, 24 November, tidak lagi meragam dan suhu badannya kembali pulih seperti sedia kala.
Ok, tidak banyak yang dapat di bicarakan pada kali ini, cuma harapan saya ialah sekiranya terdapat rakan-rakan yang berminat untuk mendalami hobi Radio Amatur, sila bimbing mereka dan tunjukkan kelebihan dan kebaikan tentang dunia Radio Amatur ini.
Jumpa lagi di lain lembaran.
73 dan 88 tapi bukan 69.
Cario dan bye-bye.
de VYM2M9
0 Comments:
Post a Comment
<< Home