Wednesday, January 09, 2008

GENG 'IKAN PATIN'

Assalammualaikum semua rakan-rakan.


Semalam pada 8 Januari 2008 adalah di antara hari bertuah bagi saya kerana dapat berjumpa dengan beberpa 'stesyen satelit bumi' di bumi bertuah Temerloh.


Setelah selesai tugasan pejabat di Temerloh, saya telah 'di pukat' oleh beberapa untuk 'bermain' 'bola mata' di Hospital Besar Temerloh.


Tak sangka pula dengan maklumat yang di berikan oleh 9w2rzl, di kawasan Hospital sahaja terdapat kira-kira 10 - 15 orang pengiat radio amatur.


Jumlah ini termasuk yang sudah mempunyai lesen dan rakan swl.


Antara muka ikan dan 'pakar-pakar' yang wajah nya saya dapat rakamkan di lensa kamera saya ialah :-
Duduk dari kanan ke kiri :- 1) 9W2MRT @ Talib - Bekas pemandu Formula 1 yang telah di paksa bersara kerana berlumba di litar dengan memandu ambulan trek. 2) 9W2HGI @ Haji Ghazali - pakar buah pinggang. Bagi mereka yang mempunyai sakit buah pinggang yang mahu di 'servis' sila-sila hubungi Tuan Haji di Hospital Besar Temerloh. Khabarnya ada 'diskaun'. 3) 9W2 CDX @ Sidek - Anak sedara kepada satu watak dalam filem P. Ramlee - Sidek Sigaraga 25%.... Dan kepada mereka yang ada masaalah tentang talian lima-lima, sila hubungi beliau. 4) 9W2RZL @ Rizal - Khabarnya seorang yang agak 'pakar' dalam hal ehwal 'patah-mematah'. Kalau anda semua ada masaalah tentang penyakit patah, sila hubungi beliau di Hospital Besar Temerloh.
Di antara 4 orang tu, hanya 9W2CDX sahaja yang tidak bertugas di Hospital. Dulu cita-cita nak jadi doktor pakar tapi x jadi sebab rajin mengodek talipon. Sebab tu beliau kini menceburkan diri di arena talian lima-lima.
Yang x perlu di perkenalkan lagi, tak lain tak bukan, antara 5 orang dan paling hensem sekali ialah 9W2MYV @ Rosli. Manusia yang x pernah kenal erti penat untuk meracun para 'lanun@pirate' untuk mendapatkan 'sayap' dan lesen.....
Ni nak mengumpat ni. Mulanya mereka nak ajak makan tapi di batalkan pada saat akhir sebab MYV nak makan ikan patin. Alasan yang di berikan oleh pihak 'doktor2 pakar' ini ialah, kedai dah tutup. Ikan dah habis. X patut sungguh. Tetamu datang dri jauh nak makan ikan patin Temerloh, mereka bagi alasan yang paling x logik.
Tapi di sebabkan mungkin MYV tergolong dalam golongan orang2 yang beriman (sikit2), maka dapatlah akhirnya makan ikan patin masak asam tempoyak yang sememangnya terkenal di Temerloh ini.
Nak harapkan geng Temerloh belanja, entah lah bia nak merasa.....
Jangan marah geng Temerloh, ini hanya gurauan tahun baru Maal Hijrah.
Ok, jumpa lagi di lain lembaran.
Cario, 73 dan 88.
Tapi bukan 69
de
9W2MYV



1 Comments:

At 10:31 AM, Anonymous Anonymous said...

Askum, terima kasih lah diatas lawan ke Temerloh tempoh hari, maap la agak lambat memberi komen tentang yang diperkatakan 'Gang Ikan Patin'. Tapi nak kabo ini bukan ikan patin sangkar ni hehehhehe yg ini yang original.

Apa pun thank for coming, insyaalah nanti kita ajak lagi ke Kedai Ikan Patin tu bawak balik 5 ekor sorang heheheh...73s

de 9W2RZL

 

Post a Comment

<< Home

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC