Sunday, February 10, 2008

OPERASI TANGKAP MUAT

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang membuka web blog saya ini.
Ni lah wajah sebenar seorang yang berbadan besar dan rajin datang ke majlis bola mata setiap kali beliau mendengarnya.
Nampak aje garang dan kasar tapi baik hati. Dulu cuma bertaraf 'Penduduk Tetap' tetapi kini dan boleh berbangga dengan status 'Warga Negara' dalam 'Republik Of Gombak'.
Nama manja Amir, nama 'call sign' lum ada lagi. Maksud saya masih lum di daftarkan kelahiran beliau dalam 'Republik Of Gombak' ni.
Apa pun tahniah dari semua warga kerja Republik Og Gombak kepada beliau kerana berjaya dalam RAE yang lalu.

Wajah yang paling hensem ni dengan berbekalkan call sign 9W2RFD dengan handle Rafidi datang dari utara iaitu kawasan Permatang Pauh dan singgah untuk bermesra dengan semua warga kerja Republik Of Gombak. Sekalung tahniah buat beliau kerana datang dan ucapan jutaan terima kasih atas kunjungan yang beliau buat. Dengar-dengar beliau datang dengan membawa 3 bakal warga negara Republik Of Gombak. Apa pun saya ucapkan terima kasih atas pemberian bakal warga negara tersebut.


Wajah ni pulak salah seorang warga Republik Of Gombak yang paling lama menyepikan diri. Berkeupayaan untuk membuat antenna home brew atau home tiru. Dengan berbekalkan call sign 9W2SFU - handle x dak sebab masih belum di daftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jangan marah bang. Cuma gurauan di alam siber aje.

Ok, sebenarnya itulah wajah-wajah baru yang dapat saya tangkap dalam Operasi Tangkap Muat yang berlangsung di Restaurant Awal Maju Taman Sri Gombak pada 9 Februari 2008 semalam.
Salam 73 dan 88
de
9W2MYV
Tapi bukan 69

Friday, February 01, 2008

USB WiFi CARD


Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan USB WiFi card (Portable WiFi), kini anda boleh mendapatkannya dengan harga yang betul-betul munasabah.
Harga yang di tawarkan kini adalah sebanyak RM650.00 sahaja. Sekiranya anda semua berminat, boleh klik :- http://www.wavecommunications.com.my/ atau hubungi 019 3316335 - Azmi untuk mendapatkan keterangan lanjut alat tersebut atau juga mendapatkan segala maklumat tentang barangan yang berkaitan dengan radio amatur.
Sekian, harap maklum

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC