Monday, November 26, 2007

Walk Of Fame

Assalammualaikum semua.....
Sahaja je nak 'berlagak sikit'
Jangan marah ha..... Kalau ada rakan2 nak dapatkan set gambar seperti ini, sila layari laman :- http://www.imagechef.com
Terdapat pelbagai 'citarasa' yang boleh di pilih.
Sekian harap maklum.
de
9W2MYV
73 dan 88
Tapi bukan 69

Saturday, November 24, 2007

BOLA MATA 23 NOVEMBER 2007



Satu pertemuan yang tidak di rancang telah berlaku semalam. Semasa sedang menunggu kakak angkat aku pulang dari bertugas di KL Sentral, aku mendapat panggilan di radio yang mana 9W2RNR bersama 9W2JAL mahu berjumpa dengan aku.


Setelah berunding, kami mengambil keputusan untuk berjumpa di kawasan menunggu KL Sentral.

Maka dapatlah kami berbual sampal mengenali hati budi masing-masing.

Mengikut turutan gambar, dari kiri :- 1) 9W2JAL, 2) 9W2RNR dan 3) SWAL - nama lupa. Mereka bertiga ini bertugas dengan satu jabatan kerajaan yang sama iaitu, Jabatan Penjara Malaysia. 9W2JAL bertugas di Penjara Tapah, 9W2RNR, tempat bertugasnya saya terlupa dan SWAL sebelah kanana sekali bertugas di Butterworth.

Seronok dapat berbual dengan mereka dan bertukar-tukar pendapat.

Secara kebetulan, harmonik saya tidak berapa sihat. Maka dengan itu untuk mengambil berkat perjumpaan dengan 9W2JAL, yang mana juga di gelar Ustaz, saya memohon jasa baik beliau untuk mebuat penawar bagi harmonik saya.

Syukur alhamdullilah, berkat doa dari 9W2JAL, harmonik saya pada pagi ini, 24 November, tidak lagi meragam dan suhu badannya kembali pulih seperti sedia kala.

Ok, tidak banyak yang dapat di bicarakan pada kali ini, cuma harapan saya ialah sekiranya terdapat rakan-rakan yang berminat untuk mendalami hobi Radio Amatur, sila bimbing mereka dan tunjukkan kelebihan dan kebaikan tentang dunia Radio Amatur ini.

Jumpa lagi di lain lembaran.

73 dan 88 tapi bukan 69.

Cario dan bye-bye.

de VYM2M9

Friday, November 23, 2007

KEMBALI BERAKSI

Assalammualaikum untuk semua rakan-rakan Amatur.....

Sudah lama saya tidak menghantar apa (up-date) dalam web blog ini kerana agak QRL dengan tugasan pejabat. Tambahan pula kemudahan komputer pejabat tiada.

Ok, insyallah bermula dari tarikh ini, saya akan mula 'beraksi' semula dengan mengemas kinikan laman ini.

Jumpa di lain 'lembaran'.

Salam 'CONTACT PERDANA' dari saya untuk semua rakan-rakan Amatur.

de

VYM2W9

Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC