1) Antara muka-muka jejaka yang menolong semasa persiapan adengan memasak di rumah Persatuan. Dari kiri jejaka hensem yang tak kelihatan muka kerana malu, 9W2DE - Abang Hadi, berbaju merah, 9W2WF - orang bujang dari 'Republik Of Gombak' yang sedang berlatih untuk siang bawang sebagai persiapan untuk mendirikan rumah tangga. Tapi tak pasti bila. Bercermin mata, 9W2MAN - Abang Man yang terpaksa menggunakan cermin mata sebagai pelindung. Sensitif kata beliau. Yang memakai vest dan menyelitkan 'budak kecik' di pinggang, 9W2HZL yang khabarnya membuat latihan sebagai persiapan untuk mengadakan kenduri cukur 'jambul'. Jambul apa pun tak pasti sebab beliau kata rahsia dulu.
2) 9W2MCC bersama xyl 9W2DE sedang menumis bahan-bahan untuk memasak nasi briani gam. Khabarnya, 9W2MCC menggunakan 'gum' uhu untuk menghasilkan nasi briani gam yang istimewa. Kalau anda semua perhatikan betul2 gambar tersebut, anda boleh melihat 'rahsia' besar' Abang Omar dalam menghasilkan nasi briani yang sedap. QSL? Cari-carilah sendiri resepi rahsia Abang Omar tersebut.
CQ! CQ! ANY STATION, RADIO CHECK! RADIO CHECK DARI 9W2MYV, MANA-MANA RAKAN YANG MENDENGAR, SILA BERIKAN SIGNAL REPORT ANDA. ROGER-ROGER, SEKIRANYA TIADA RAKAN YANG BOLEH MEMBERIKAN SIGNAL REPORT, 9W2MYV QRX DAN MONITOR DI JALURAN..... STANDBY FREKUNSI V 33 @ 145.4125 (DAERAH GOMBAK)
1 Comments:
MYV- TOLONG BERIKAN APPRON PADA MCC
Post a Comment
<< Home