Thursday, January 31, 2008

WAJAH MANUSIA AJAIB @ ORANG KUAT VEE99


Nak tengok muka orang kuat VEE99? Nak tengok tak? Tanya ni sebelum saya nak QRT?


Ok tadi siang ada kerja sikit kat Lenggong, Perak. Balik dari Lenggong selepas tugasan makan pulak ikan pekasam. Perghhhhh..... sedap lu


Ok, lepas selesai tugasan kat Lenggong, turun Ipoh. Tengh-tangah menjala, dapat pulak tangkap orang kuat VEE99. 9W2RIL - Shahril. Orangnyer tak lah hensem sangat tapi manis ada la.


Nak tengok muka 9W2RIL, boleh pak.


Tatap lah puas-puas muka orang kuat VEE99 ni.

TAHNIAH KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN!!!!!

Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepa semua rakan-rakan yang telah lulus dalam RAE yang lalu.
Sekiranya anda ingin menyemak status anda, sila klik ke :- http://www.mcmc.gov.my/Admin/WhatIsNew/61155338RAE2007_2.pdf
Sekali lagi, saya selaku wakil daripada Groups 'REPUBLIK OF GOMBAK - ROG V33 145.4125' mengucapkan tahniah dan selamat datang ke dunia radio amatur.

Sunday, January 27, 2008

STIKER CALL SIGN


Assalammualaikum semua dan salam sejahtera.....
Ini adalah contoh stiker call sign yang di cadangkan oleh saya buat semua rakan-rakan dalam 'Republik Of Gombak - ROG V33'
Sekiranya ada cadangan tambahan, silalah buat flying bell hp saya.
Sekian, harap maklum

Saturday, January 26, 2008

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH/PENGUNDI



Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita seharusnya telah mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Sekiranya sudah mendaftar, sebaik mungkin adalah menyemak daftar pemilih/pengundi yang terkini supaya anda semua tahu kedudukan terkini dan status anda sebagai pengundi berdaftar.
Sila lawat laman sesawang SPR di :- http://www.spr.gov.my atau klik terus ke http://daftarj.spr.gov.my/
Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi pada Pilihanraya yang akan datang.

IKLAN : SATU LAMAN SESAWANG MENJUAL PERALATAN KOMUNIKASI


Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mencari peralatan yang bersesuaian dengan hobi radio amatur, anda boleh melawat laman sesawang ini.
Saya 'secara tidak sengaja' telah 'menjumpai' laman ini dan mengambil keputusan untuk mengiklankannya dalam web blog saya tanpa ada sebarang 'keuntungan' yang di berikan oleh pemilik laman sesawang tersebut.
Alamat laman sesawang tersebut ialah :- http://www.wavecommunications.com.my
p/s :- Kepada pemilik laman sesawang tersebut kalau berhajat nak bayar royaliti, silalah mail kepada saya.
Yehaaaaaaaa.....
73 dan 88
Tapi bukan 69

Friday, January 25, 2008

MARILAH MARI PERGI MENJADI AHLI KELAB.....



Masih belum menjadi ahli kepada mana-mana kelab radio amatur?

Sila-silalah melawat laman sesawang ini :- http://www.mares.org.my/

Monday, January 21, 2008

MAMAM TIME! LET'S DO IT





Kali ni saya nak bercerita tentang makan pulak.

Kepada peminat kuew teow, bolehlah singgah di Jalan Raja Abdullah. Gerai yang terletak di hadapan rumah tepi jalan boleh di lihat dengan mudah. Inya agak terkenal di kalangan warga Kuala Lumpur.

Landmark terkini ialah, bersebelah dengan Balai Polis sementara Polis Daerah Dang Wangi. Bertentangan dengan bangunan Wisma Mat Jan dan bangunan CIMB Bank.

Taukey kedai bernama Zainal. Para pelayan di kedai tersebut agak peramah dan sentiasa melayani permintaan anda dengan sebaik mungkin.

Harga bagi sepinggan kuew teow goreng memang munasabah bersesuaian sekali dengan 'lauk pauk' yang di masak sekali dengan kuew teow tersebut. Ada kerang dan ada xxxxg besar. Pendek kata, memang terasa dan saya jamin anda semua akan berpuas hati dengan masakan dan harga.

Jadi, silalah jemput makan dan berkunjung ke kedai tersebut,

Sunday, January 20, 2008

DASAT TU......

PERCAYA ATAU TIDAK? TERSERAH KEPADA ANDA

SAYANG DI SAYANG?

SENSASI TERKINI?????


Apakah ini yang di katakan sensasi?


Adakah ianya benar atau sekadar khabar angin?


Maka sekiranya ianya adalah benar, maka kita sebagai rakyat Malaysia patut rasa bersyukur dengan anugerah yang di berikan kepada para jurutera rakyat Malaysia yang sudah berjaya merealisasikan hasrat menggunung rakyat Malaysia secara keseluruhannya.


Maka terserahlah kepada anda semua untuk mempercayainya atau tidak. Sekeping gambar boleh menceritakan seribu erti maksud yang tersurat dan tersirat.


Sekian, harap maklum.

Saturday, January 19, 2008

SAGA - KELAHIRAN SEMULA



Semalam adalah satu sejarah yang mana satu 'kelahiran' telah di zahirkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Malaysia.
Kalau dulu 1985, kereta pertama 'buatan' Malaysia, Proton Saga telah di zahirkan berkat idea Mantan PM, Tun Dr Mahathir, maka pada tahun ini, selepas 50 tahun kemerdekaan bersamaan dengan selepas 28 tahun 'kereta pertama' di lahirkan, SAGA baru telah di lahirkan.
Majlis pelancaran itu telah di sempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Saga baru tersebut di jual dengan harga permulaan bermula RM31,500.00 hingga ke harga tetinggi RM39,998.00 atas jalan.
Petikan berita selanjutnya boleh di dapati di :-
1) http://www.proton.com.my/
2) http://paultan.org/archives/2008/01/18/the-new-proton-saga-details-photos-and-test-drive/

Wednesday, January 16, 2008

CIRIT BIRIT - PENJAGAAN YANG SEMPURNA


Assalammualaikum untuk semua rakan-rakan.....

Kali ni saya tak bercerita tentang radio Amatur tapi tentang penyakit cirt birit atau daerea.

Penyakit kalau kita hidapi memang susah. Segala yang kita lakukan serba tak kena.

Nak duduk terasa pedih lubang 'tut-tut' nak baring terasa nak kuar pulak 'natang' tu. Jadi penyakit ni kalau kita dapat, sila lah mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin dengan mengambil ubat yang secukupnya.

Pada subuh 14 hb Januari yang lepas, saya terpaksa bergegas ke wad kecemasan Hospital Pusrawi kerana harmonik saya kena penyakit cirit birit dan muntah muntah.

Sesudah 2 hari, saya pula di serang penyakit itu. Tapi alhamdullilah saya tidak di tahan wad bagi merawat penyakit tersebut.

Moral cerita saya, jaga lah permakanan dan keadaan persekitaran anda supaya tidak mendapat penyakit tersebut.

Wednesday, January 09, 2008

GENG 'IKAN PATIN'

Assalammualaikum semua rakan-rakan.


Semalam pada 8 Januari 2008 adalah di antara hari bertuah bagi saya kerana dapat berjumpa dengan beberpa 'stesyen satelit bumi' di bumi bertuah Temerloh.


Setelah selesai tugasan pejabat di Temerloh, saya telah 'di pukat' oleh beberapa untuk 'bermain' 'bola mata' di Hospital Besar Temerloh.


Tak sangka pula dengan maklumat yang di berikan oleh 9w2rzl, di kawasan Hospital sahaja terdapat kira-kira 10 - 15 orang pengiat radio amatur.


Jumlah ini termasuk yang sudah mempunyai lesen dan rakan swl.


Antara muka ikan dan 'pakar-pakar' yang wajah nya saya dapat rakamkan di lensa kamera saya ialah :-
Duduk dari kanan ke kiri :- 1) 9W2MRT @ Talib - Bekas pemandu Formula 1 yang telah di paksa bersara kerana berlumba di litar dengan memandu ambulan trek. 2) 9W2HGI @ Haji Ghazali - pakar buah pinggang. Bagi mereka yang mempunyai sakit buah pinggang yang mahu di 'servis' sila-sila hubungi Tuan Haji di Hospital Besar Temerloh. Khabarnya ada 'diskaun'. 3) 9W2 CDX @ Sidek - Anak sedara kepada satu watak dalam filem P. Ramlee - Sidek Sigaraga 25%.... Dan kepada mereka yang ada masaalah tentang talian lima-lima, sila hubungi beliau. 4) 9W2RZL @ Rizal - Khabarnya seorang yang agak 'pakar' dalam hal ehwal 'patah-mematah'. Kalau anda semua ada masaalah tentang penyakit patah, sila hubungi beliau di Hospital Besar Temerloh.
Di antara 4 orang tu, hanya 9W2CDX sahaja yang tidak bertugas di Hospital. Dulu cita-cita nak jadi doktor pakar tapi x jadi sebab rajin mengodek talipon. Sebab tu beliau kini menceburkan diri di arena talian lima-lima.
Yang x perlu di perkenalkan lagi, tak lain tak bukan, antara 5 orang dan paling hensem sekali ialah 9W2MYV @ Rosli. Manusia yang x pernah kenal erti penat untuk meracun para 'lanun@pirate' untuk mendapatkan 'sayap' dan lesen.....
Ni nak mengumpat ni. Mulanya mereka nak ajak makan tapi di batalkan pada saat akhir sebab MYV nak makan ikan patin. Alasan yang di berikan oleh pihak 'doktor2 pakar' ini ialah, kedai dah tutup. Ikan dah habis. X patut sungguh. Tetamu datang dri jauh nak makan ikan patin Temerloh, mereka bagi alasan yang paling x logik.
Tapi di sebabkan mungkin MYV tergolong dalam golongan orang2 yang beriman (sikit2), maka dapatlah akhirnya makan ikan patin masak asam tempoyak yang sememangnya terkenal di Temerloh ini.
Nak harapkan geng Temerloh belanja, entah lah bia nak merasa.....
Jangan marah geng Temerloh, ini hanya gurauan tahun baru Maal Hijrah.
Ok, jumpa lagi di lain lembaran.
Cario, 73 dan 88.
Tapi bukan 69
de
9W2MYV



Friday, January 04, 2008

JEMPUTAN BAGI MAJLIS 'BOLA MATA' ROG V 33 (145.4125)



Jemputan untuk semua warga kerja radio Amatur yang membaca web blog saya ini.

Satu perjumpaan akan di adakan pada malam ini. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :-


Tarikh : 4 Januari 2008

Waktu : 8.30 malam

Tempat : Restauran Awal Maju, Taman Sri Gombak


Sebarang maklumat lanjut boleh lah menghubungi :- 9w2kfc @ Azmi - 019 3316335 atau 9w2myv @ Rosli - 019 6196132.

Harap maaf sekiranya peta tersebut tidak memuaskan kerana ia di buat secara tergesa-gesa dan terlalu simple.

Sekian, harap maklum.

Cario, 73 dan 88

Tapi bukan 69

de - 9w2myv

Tuesday, January 01, 2008

Tahun Baru 2008

Selamat tahun baru 2008 untuk semua warga kerja radio amatur tak kira di mana sahaja anda semua berada.
Di sini saya up-loadkan beberapa keping gambar menunjukkan sambutan tahun baru yang di raikan di kawasan baru untuk skodeng pertunjukan bunga api.

Mungkin kualiti gambar tak berapa cantik sebab menggunakan kamera biasa beresolusi 12 megapiksel. Harap maklum


































Search Engine & Malaysian CallSign at MCMC